Thursday, September 12, 2013

* RESIPI ~ KUIH KOSUI/KASWI (ASLI)

Updated

# Resipi kuih kosui/kaswi ini adalah resipi asli. Ia tidak menggunakan gula pasir dan bahan-bahan asing seperti kicap dan serbuk koko.
# Sukatan menggunakan cawan.

Click images to view actual size


 KUIH KOSUI/KASWI

Bahan-bahannya:
(A)
1. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu ~ Setengah cawan
3. Gula merah ~ 2 cawan
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh
(B)
1. Garam halus ~ Secukupnya
2. Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa

Cara membuatnya:
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.



Jumlah hidangan:
Lebih kurang 38 biji (acuan lompang)

Nota:
- Sekiranya anda menggunakan loyang (7 inci), kukus selama 30-45 minit.
- Jika anda tidak suka manis boleh kurangkan sedikit sukatan gula merah.
- Anda boleh juga mencairkan dahulu gula merah dengan 1 cawan air di atas api (sehingga gula cair) dan kemudian biarkan suam sedikit dan ditapis sebelum dicampurkan ke dalam bahan lain.
- Warna kuih juga bergantung kepada jenis dan jenama gula merah yang anda guna.



Please CLICK HERE to see more RECIPES.

*Ini adalah post paling tinggi paparan halamannya di blog LAMAN SUTERA dengan 168,176 "pageviews" setakat 17 Dec 2016.

~ Thank You ~

---------------------------------------------------------------------

SPONSORED BY:

GIVE A GIFT ENTERPRISE
SA0349372-P

HP: 019 284 3625

MINYAK WANGI HARUMAN LUQMAN

Sebagai hadiah


Produk muslim

HARUM DAN BERKAT

11 comments:

  1. Thanks kak for the recipe..bagi kat kawan resipi nih..dia wat..katanya lembut!

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 the recipe. Nak try buat lah petang nanti. Oh ye nanti ada masa singgah2 blog saya pula yee
    http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
  3. Baru terlintas nak makan kuih nie, terjumpa pula resipi..apalagi harus dicuba.

    Saya akan kongsikan pula di blog saya jika berjaya membuatnya ya...

    ReplyDelete
  4. 10q sis...mudah..simple..dan part yang best...menjadi...syukur Alhamdulillah..cuma dari segi rupa tu kureng ckit..hehehe...pic ade kat blog sy...

    ReplyDelete
  5. Tku. Menjadi. Sedap pulak tu. Minta izin utk guna pakai resepi ini.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum admin tuan empunya blogger ini.. Btw, selamat pagi Kak Ozie Mahsa.. Saya nak tanya psl bahan2 blh tak kalau tukar bahan tepung sagu tue tukar kpd tepung ubi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuza, maaf akak tak pasti sbb tak pernah guna tepung ubi..hihii...

      Delete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...