Wednesday, May 29, 2013

* CARA PEMAKAIAN CINCIN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH



CARA PEMAKAIAN CINCIN IKUT SUNNAH RASULULLAH

* Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.
Baginda suka memakai cincin. Hadis daripada Anas bin Malek: “Adalah cincin Nabi s.a.w. dipakai pada tangan ini (dan dia menunjukkan kepada kelengkeng jari kiri).” ~ Riwayat Muslim

* Nabi Muhammad s.a.w. menasihati Sayidina Ali sesudah beliau bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, kalau memakai cincin pakailah pada jari manis atau jari kelengkeng (anak jari).

* Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata: ”Rasulullah s.a.w. telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu). ” ~ Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai

* Nabi Muhammad s.a.w. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian!
* Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki dan perempuan.

Source: E-media

* Please CLICK HERE to see RUANGAN ILMU.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...