Thursday, November 24, 2016

* CERITERA ALAM ~ BILA ISTERI YANG SUKA MEMBEBEL TIBA-TIBA MENJADI PENDIAM

Sikap wanita atau isteri yang suka membebel bukanlah perkara luarbiasa dalam sesebuah rumahtangga. Memang kebanyakan wanita atau isteri mempunyai sikap sedemikian yakni "sukarela" memperdengarkan suaranya yang mampu memecah kesunyian. Bukan suka-suka tapi "terpaksa" katanya. Pun begitu, jangan terus pandang negatif kepada wanita atau isteri-isteri yang suka membebel ni. Mungkin mereka ada sebab dan alasan sendiri, sehingga sukar menghentikan tabiat buruk itu. Tidak dinafikan juga kalau ada yang berkata, ada sesetengah wanita atau isteri yang memang suka sangat membebel kerana dah memang sikap semulajadi mereka sejak azali..hehee... No comment ya, takut nanti ada pula yang marahkan saya...hahaa...

Saya sendiri pun sebenarnya kadang-kadang "terpaksa" membebel saat berhadapan dengan kerenah anak-anak dan suami. Semuanya demi ingin menjadikan suasana dan keadaan rumah, lebih selesa dan sempurna. Akan tetapi tidaklah saya membebel sepanjang hari dan masa. Apabila sudah penat membebel pandai-pandailah saya ubah "strategi" dan bawa diri....hihii.


Image result for membebel
Gambar hiasan

Sungguh anda pun terutama para suami sebenarnya memahami maksud saya, bahawa bebelan wanita atau isteri tidak akan selamanya "mengganggu" pendengaran. Satu masa dan ketika keadaan akan menjadi sunyi sepi, hening bening bila si tukang bebel tiba-tiba "bercuti" dari "tugasan". Tapi awas ya, jangan selesa sangat bila itu terjadi. Malahan anda, khasnya para suami, harus lebih peka dengan keadaan tukang bebel yang tiba-tiba bertukar karektornya. Sebagai panduan, cuba teliti 6 perkara di bawah yang mungkin menjadi sebab kenapa isteri anda tiba-tiba diam dan berhenti membebel.

BILA ISTERI YANG SUKA MEMBEBEL TIBA-TIBA MENJADI PENDIAM

Dia mungkin....

1. Sudah terlalu penat dan berputus asa dalam usaha cuba memperbetulkan keadaan yang dirasanya tidak betul dan sempurna atau ada perkara yang dia tidak suka anda melakukannya tapi anda tidak cuba mengubahnya.

2. Keletihan kerana terlalu banyak beban dan tugasan yang harus diselesaikan apabila anak-anak dan anda tidak langsung mahu membantunya.

3. Merajuk dengan anda kerana mungkin sudah terlalu banyak permintaan atau keinginannya yang tidak anda tunaikan.

4. Tidak sihat atau sedang menahan kesakitan sedangkan dia tidak mahu anda dan anak-anak mengetahuinya. 

5. Sedang menahan marah, sakit hati atau berkecil hati dengan sikap anda dan anak-anak yang tidak mahu memahaminya.

6. Mempunyai masalah yang serius atau rahsia besar yang hendak disampaikan namun berat untuk dia menyatakannya.

Oleh yang demikian wahai para suami, cubalah peka terhadap perasaan dan permasalahan isteri anda. Bila dia sudah mula berdiam diri mungkin itu petanda dia tidak gembira dengan salah satu dari 6 perkara di atas. Jadi, janganlah terlalu bersikap egois dan mementingkan diri sendiri. Cubalah luangkan masa dan bertanya kerana mungkin banyak perkara yang disembunyikannya dari pengetahuan anda. Belajarlah memahami dan mengambil berat tentang dirinya supaya dia rasa lebih dihargai dan disayangi.

Saya sungguh pasti, bila ada yang memahami dan pandai mengambil hati, nescaya sikap suka membebel si isteri bukan lagi menjadi masalah utama dalam sesebuah rumahtangga itu.

Sekian.

SALAM BAHAGIA!

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...